Program Perundingan & Latihan Pembangunan Usahawan Ict Dan Kemahiran Insaniah

16 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Program perundingan dan latihan pembangunan usahawan ICT & kemahiran insaniah yang melibatkan Pusat Internet Kedah dan Selangor ini telah diadakan di Merdeka Beach Resort,Pantai Merdeka,Kedah Darul Aman.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah teknik perundingan dalam perniagaan serta cara menggunakan Ms Excel yang melibatkan penggunaan fungsi-fungsi sedia ada dalam Ms Excel. Penggunaan fungsi ini dapat mempercepatkan proses memanipulasi data dan mendapatkan hasil analisa yang lebih tepat dan mudah.

Tujuan utama latihan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran staf Pusat Internet terutamanya dalam aspek perundingan dan ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali